Traktor terbabas jatuh lereng bukit, pemandu maut
Traktor terbabas jatuh lereng bukit, pemandu maut

TELUK BAHANG: Seorang lelaki maut apabila traktor dipandunya terbabas lalu terjatuh ke lereng bukit sedalam kira-kira 15 meter di Jalan Teluk Bahang, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Hor Beng Koon, 49, dikata sedang menjalankan kerja-kerja pertanian di kawasan bukit berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 tengah hari tadi berhubung insiden berkenaan.
Susulan itu, beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi.
“Setiba di lokasi, pasukan mendapati traktor itu terjatuh pada kedalaman 15 meter di lereng bukit berkenaan sehingga menyebabkan seorang lelaki tersepit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas. Lelaki itu yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 3.11 petang, manakala kes diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Traktor terbabas jatuh lereng bukit, pemandu maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.