Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar, 13 bilik musnah
Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar, 13 bilik musnah

BESUT: Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor yang menempatkan 13 bilik musnah dalam kebakaran, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.13 petang sebelum jentera tiba di lokasi terletak kira-kira 25 kilometer di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor pada jam 1.39 petang.
Beliau berkata, kebakaran membabitkan bangunan sekolah jenis sementara berkeluasan 200 x 30 kaki persegi terbakar musnah 100 peratus.
“Bangunan berkenaan menempatkan 13 bilik iaitu bilik buku teks, bilik simpanan susu, bilik muzik, bilik cafe, bilik j-qaf.
“Turut musnah bilik rehat pekerja, bilik pemulihan khas, bilik koperasi sekolah, bilik stor sukan, bilik kesihatan/ kemahiran hidup, selain bilik tayangan, bilik transformasi sekolah serta bilik ‘distribution box’,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 1.52 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang.
Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar, 13 bilik musnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.