Lelaki ditemui maut atas bumbung, dipercayai terkena renjatan elektrik
Lelaki ditemui maut atas bumbung, dipercayai terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di atas bumbung sebuah bangunan di Karambunai, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata seramai 10 anggota bersama jentera dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 2 petang itu.
“Setiba di lokasi, pasukan mendapati ada seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik di atas bumbung bangunan itu.
“Mangsa kemudian dibawa turun dengan menggunakan pengusung sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 3.06 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut atas bumbung, dipercayai terkena renjatan elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.