Pramugari KLM pula jatuh sakit, jalani ujian hantavirus
Pramugari KLM pula jatuh sakit, jalani ujian hantavirus

THE HAGUE – Seorang pramugari syarikat penerbangan KLM diuji untuk hantavirus selepas menunjukkan simptom ringan dan dimasukkan ke sebuah hospital di Amsterdam, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan Belanda, Mischa Stubeitsky kepada AFP hari ini.Kesihatan
Wanita itu sedang menjalani ujian di hospital, kata Stubenitsky.
Media RTL melaporkan, pramugari itu bersentuhan dengan seorang wanita Belanda yang dibawa keluar dari pesawat KLM dan kemudiannya meninggal dunia akibat virus itu di Afrika Selatan.
KLM menyatakan semalam bahawa penumpang itu sempat berada seketika di dalam penerbangan dari Johannesburg ke Belanda, tetapi telah dibawa keluar sebelum pesawat berlepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
“Disebabkan keadaan perubatan penumpang pada masa itu, kru memutuskan untuk tidak membenarkan dia berada di dalam pesawat iaitu penerbangan KL592 dari Johannesburg ke Amsterdam pada 25 April, pukul 11.15 (waktu tempatan).
“Selepas penumpang itu dibawa keluar dari pesawat, penerbangan KL592 berlepas ke Belanda,” tambah KLM.
Pihak berkuasa kesihatan Belanda sedang menghubungi orang ramai dalam penerbangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, kata KLM dalam kenyataannya. – AFP
Pramugari KLM pula jatuh sakit, jalani ujian hantavirus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.