Polis Sri Lanka tahan 231 ‘scammer’ warga asing

Polis Sri Lanka tahan 231 ‘scammer’ warga asing

Polis Sri Lanka tahan 231 ‘scammer’ warga asing
WARGA asing disyaki menjalankan operasi penipuan dalam talian dihadapkan ke sebuah mahkamah di pinggir Colombo semalam. – AFP

COLOMBO – Polis Sri Lanka menahan 231 rakyat  asing, kebanyakan mereka warga China dan Vietnam, berikutan serbuan ke atas tiga pusat penipuan siber  di ibu negara, Colombo  sejak hujung minggu lalu.

Kumpulan-kumpulan jenayah antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang menyebabkan mangsa rugi berpuluh-puluh bilion dolar setiap tahun, selalunya melalui penipuan mata wang kripto dan hubungan romantik palsu.

Di Sri Lanka, pihak berkuasa menyerbu dua pusat penipuan siber  Ahad lepas dan  menahan seramai 157 orang.

Tambahan 74 suspek diberkas semalam di lokasi ketiga.

“Mereka memasuki Sri Lanka menggunakan visa pelancong dan bekerja secara haram, manakala sebilangan lagi tinggal melebihi tempoh visa mereka,” kata jurucakap polis Frederick Wootler.Rujukan Geografi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


Seorang majistret Colombo mengarahkan pemeriksaan forensik terhadap komputer dan telefon bimbit yang dirampas dari pusat penipuan yang didakwa di kawasan Kollupitiya, Colombo semalam.

Peralatan komputer dan komunikasi yang ditemui pada suspek yang ditahan pada Ahad lepas telah pun dihantar untuk analisis, kata seorang pegawai polis.

Penahanan itu berlaku sebulan selepas 152 warga asing, kebanyakan mereka warga China, ditahan kerana didakwa menjalankan operasi penipuan siber dari sebuah hotel di barat laut pulau itu.

Pihak berkuasa imigresen menahan 135 lelaki dan wanita Cina pada Mac lalu kerana didakwa menjalankan operasi penipuan serupa. Mereka kemudian dihantar pulang.

Kedutaan Beijing di Colombo berkata pada masa itu bahawa pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menghalang warga China daripada terlibat dalam operasi penipuan di Sri Lanka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu


Kedutaan China berkata, infrastruktur telekomunikasi Sri Lanka, lokasi geografi dan dasar visa agak longgar menggalakkan kumpulan-kumpulan jenayah penipuan berpindah ke negara Asia Selatan itu.

Pada 2024, pihak berkuasa Sri Lanka menahan 230 warga China dan 200 rakyat India yang dituduh mengendalikan pusat jenayah siber di pelbagai lokasi di Sri Lanka. – AFP

Polis Sri Lanka tahan 231 ‘scammer’ warga asing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker