Pelajar maut motosikal terbabas sebelum dirempuh motosikal dan kereta
Pelajar maut motosikal terbabas sebelum dirempuh motosikal dan kereta

KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang, maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas sebelum dirempuh sebuah motosikal dan kereta dalam kejadian di Kilometer (km) 426.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.25 malam semalam melibatkan kemalangan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah kereta.
Menurutnya, dua buah motosikal dipercayai dari Cameron Highland menghala ke arah Kuala Terengganu, manakala kereta dari Genting Highland menghala ke arah Besut.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal Honda EX5, Ahmad Adham Abdullah Mohd Yusri, 19, terbabas sebelum terjatuh ke atas jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
“Sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang pelajar berusia 19 tahun yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek dan mengelak lalu terlanggar mangsa.
“Kemudian datang sebuah kereta jenis Perodua Bezza, dari arah belakang mangsa sempat membrek namun tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa yang berada di atas jalan,” katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, penunggang motosikal yang terselamat mengalami kecederaan luka di tangan dan kaki kemudian menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
Beliau berkata, kejadian berlaku di jalan ekspres iaitu jalan lurus dua lorong sehala manakala kejadian berlaku pada waktu malam dalam keadaan cuaca baik serta permukaan jalan rata berturap dan kering.
Menurut Azli, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pelajar maut motosikal terbabas sebelum dirempuh motosikal dan kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
You must be logged in to post a comment.