Pelajar zikir dalam perigi 5.5 meter tunggu diselamatkan

Pelajar zikir dalam perigi 5.5 meter tunggu diselamatkan

Pelajar zikir dalam perigi 5.5 meter tunggu diselamatkan
Anggota bomba dari BBP Wakaf Bharu menjalankan misi menyelamat seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di Wakaf Bharu. – Foto BOMBA

TUMPAT: Pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Wakaf Bharu, di sini cedera di kepala selepas terjatuh perigi sedalam 5.5 meter di perkarangan sekolah berkenaan, pagi tadi.

Kejadian jam 8.30 pagi apabila pelajar 17 tahun itu duduk atas perigi yang bertudung dengan kepingan konkrit nipis sebelum terjatuh.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Azmi Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.12 pagi.

“Sebaik tiba, kami melihat pelajar itu dalam perigi dengan kedalaman 5.5 meter dan air di paras pinggang mangsa.

“Sementara menunggu bantuan tiba, dia (mangsa) dalam keadaan sedar dan berzikir manakala kepalanya juga cedera mungkin terhantuk perigi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


“Mangsa dinaikkan menggunakan tali serta tangga dan operasi menyelamat mengambil masa kurang 40 minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, difahamkan pelajar itu akan menduduki ujian jam 11 pagi dan sementara itu berbual bersama rakan di lokasi dan duduk atas penutup perigi berkenaan.

Katanya lagi, sebelum menghubungi bomba, tukang kebun sekolah sudah cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

“Tukang kebun hanya dapat sampai separuh telaga kerana berasa sesak nafas sebelum naik semula dan menghubungi Bomba,” katanya.

Pelajar zikir dalam perigi 5.5 meter tunggu diselamatkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker