Skuad Piala Uber negara tekad lawan Jepun habis-habisan

Skuad Piala Uber negara tekad lawan Jepun habis-habisan

Skuad Piala Uber negara tekad lawan Jepun habis-habisan
AKSI Jie Yu dan Zi Yu ketika menentang beregu Afrika Selatan. FOTO Bernama

Horsens, Denmark: Malaysia mungkin tidak diletakkan sebagai pilihan apabila berdepan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Uber 2026 di Forum Horsens, esok namun skuad negara menegaskan mereka tidak akan turun sekadar melengkapkan jadual.

Pemain perseorangan utama negara, K Letshanaa berkata pasukan berada dalam momentum positif dan bertekad tidak akan memberi laluan mudah kepada juara enam kali itu.

“Yang pasti, kami akan berjuang habis-habisan di gelanggang. Menang atau kalah itu keputusan kedua.

“Kami menang sebagai pasukan, kalah juga sebagai pasukan. Setiap pemain yang turun akan memberi 100 peratus. Kami tidak akan biarkan mereka anggap kami lawan mudah,” katanya selepas skuad negara membenam Afrika Selatan 5-0 dalam aksi kedua kumpulan di sini, hari ini.

Pemain ranking ke-34 dunia itu sebelum itu membantu Malaysia membuka langkah cemerlang apabila mudah menewaskan pemain Afrika Selatan, Johanita Scholtz (ranking ke-160 dunia) 21-6, 21-10 dalam tempoh 22 minit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Dalam pada itu, Letshanaa berkata kejayaan Malaysia mara ke suku akhir selepas 16 tahun turut menyuntik keyakinan baharu dalam kem negara.

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Turkiye sebelum melengkapkan kemenangan besar 5-0 ke atas Afrika Selatan sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

Sementara itu, pemain beregu wanita debut negara Chong Jie Yu menyifatkan peluang beraksi di Piala Uber sebagai pengalaman berharga selepas dipanggil saat akhir ke dalam skuad.

Jie Yu menggantikan pemain nombor satu negara Pearly Tan yang menarik diri akibat kecederaan belakang berulang.

Pemain berusia 20 tahun itu turut melengkapkan kemenangan sempurna Malaysia apabila bergandingan dengan Low Zi Yu menewaskan pasangan Afrika Selatan, Elme De Villiers-Anri Schoonees 21-12, 21-5 dalam tempoh 21 minit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


Zi Yu pula berkata sekiranya diturunkan menentang Jepun esok, beliau akan beraksi dengan pendekatan sederhana dan fokus langkah demi langkah.

 

Skuad Piala Uber negara tekad lawan Jepun habis-habisan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker