Penang FC, Sabah FC tumpul

Penang FC, Sabah FC tumpul

Penang FC, Sabah FC tumpul
PEMAIN Sabah FC Fergus Tierney (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Penang FC di Stadium Bandaraya hari ini. FOTO Bernama

Georgetown: Hasrat Penang FC untuk menebus kekecewaan selepas kekalahan pada saingan Piala Cabaran minggu lepas tidak kesampaian apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini, hari ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan tempo permainan perlahan dan berhati-hati, sekali gus menyaksikan tiada percubaan tepat ke arah pintu gol dihasilkan sepanjang babak pertama, dengan bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah padang.

Bagaimanapun, tuan rumah cuba memberi tekanan awal apabila memperoleh peluang pada minit keempat menerusi Kipre Tchetche Kipre menerima hantaran lintang daripada Omad Musawi, namun rembatan pemain itu tersasar.

Peluang terbuka turut dimiliki pasukan Sabah selang dua minit kemudian tetapi sepakan R Dinesh dari sebelah kiri gagal membolosi pintu gol Penang FC.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Kumbang kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail cuba meningkatkan asakan dan memperoleh sepakan penjuru pada minit ke-47 yang diambil Jose Elmer Porteria, namun percubaan susulan Muhammad Izzat Zikri Izziruddin masih gagal menemui sasaran.

Pada minit ke-60, Penang FC sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma, namun percubaan Omid Musawi mudah diselamatkan penjaga gol Sabah Khairul Fahmi Che Mat.

Enam minit kemundian, Sabah FC hampir membuka jaringan apabila Darren Lok melakukan percubaan, namun tersasar di sebelah kanan pintu gol, disusuli cubaan dari luar kotak penalti oleh Fergus Tierney yang berjaya dihalang Muhammad Izzat.

Kontroversi tercetus pada minit ke-71 apabila pemain Sabah FC, Dame James Ingham dilihat melakukan halangan terhadap Douglas Coutinho dalam kotak penalti, namun pengadil Muhammad Munir Mohd Izam tidak memberikan sepakan penaliti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


Permainan semakin sengit di penghujung aksi apabila Sabah FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain gantian Jafri Chew dilayangkan kad merah susulan kekasaran terhadap Omid Musawi.

Keputusan kekal 0-0 hingga wisel penamat, menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati sekadar berkongsi satu mata.

Penang FC, Sabah FC tumpul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker