Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar. Foto fail NSTP

SHAH ALAM: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui TikTok kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada individu terbabit yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Polis telah melengkapkan siasatan dan kini kertas siasatan telah diserahkan untuk keputusan serta arahan selanjutnya. Jadi, saya minta masyarakat bersabar sehingga keputusan rasmi daripada AGC,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Larian Diraja Selangor bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat, di sini hari ini.

Shazeli menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan mana-mana institusi keagamaan atau menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Sebelum ini, polis mengesahkan sedang menyiasat individu selepas dipercayai membuat kenyataan fitnah terhadap MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi hantaran di media sosial berkaitan urusan projek masjid di Subang.

Dalam perkembangan berasingan, Shazeli mengesahkan penahanan lelaki yang dikenali sebagai Imran pada 24 April lalu kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penipuan pakej pelancongan.

Beliau berkata, suspek tular di media sosial kerana didakwa menggunakan pelbagai agensi pelancongan dan nama isterinya bagi menjalankan urusan pinjaman bank secara tidak sah dan difahamkan mencari mangsa di beberapa negeri lain.

“Di Selangor satu laporan diterima dan kerugian sebenar serta modus operandi masih dalam siasatan terperinci,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan.

Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah kepada Pejabat Peguam Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker