Opta ramal Arsenal juara liga, City kecewa saat akhir

Opta ramal Arsenal juara liga, City kecewa saat akhir

Opta ramal Arsenal juara liga, City kecewa saat akhir
GAYA Eze meraikan jaringan ketika menentang Newcastle. FOTO AFP

London: Arsenal mempunyai peluang besar sebanyak 72 peratus untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut kemas kini terbaru superkomputer yang mengejutkan hari ini.

Ramalan terbaharu Opta Analyst dibuat selepas aksi awal pagi hari ini dan ia membawa berita baik buat penyokong The Gunners.

Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United hasil jaringan awal cantik Eberechi Eze sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Mikel Arteta kembali merampas kedudukan teratas liga selepas sebelum ini dipintas Manchester City menerusi kelebihan jumlah gol pada Rabu.

Arsenal kini berpeluang melebarkan jurang kepada enam mata sebelum City beraksi semula kerana pasukan Pep Guardiola tidak bermain saingan liga.

Sebaliknya, City beraksi di Wembley Stadium dan bangkit menewaskan Southampton 2-1 dalam separuh akhir Piala FA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Gol lewat menarik daripada Nico Gonzalez memastikan kemenangan itu sekali gus membawa City ke final keempat berturut-turut pada 16 Mei.

Namun, situasi itu juga bermakna perlawanan liga menentang Bournemouth akan dijadualkan semula.

Menurut angka Opta, City dijangka tercicir mata dalam perlumbaan kejuaraan. Arsenal diramal menamatkan musim dengan 82 mata, manakala City hanya 79 mata.

Ini memberikan Arsenal peluang 72.4 peratus untuk menjuarai liga buat kali pertama sejak 2004.

Sebaliknya, City yang sempat memintas selepas kemenangan ke atas Burnley di pertengahan minggu hanya diberi peluang 27.6 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


Arsenal kini mengumpul 73 mata dengan baki empat perlawanan, bermakna jumlah maksimum mereka ialah 85 mata.

City pula berada di 70 mata dengan lima perlawanan berbaki dan juga boleh mencapai 85 mata.

Opta meramalkan Arsenal akan mencatat tiga kemenangan dan satu kekalahan dalam baki empat perlawanan, manakala City menang tiga kali tetapi tewas dua kali.

Di bahagian bawah liga pula, penyokong Arsenal mendapat berita lebih manis apabila musuh tradisi Tottenham Hotspur diramal tersingkir ke Liga Kejuaraan bersama Burnley dan Wolverhampton Wanderers.

Spurs dijangka menamatkan musim dengan 39 mata, satu mata di belakang West Ham United.

Sementara itu, Manchester United (66 mata), Aston Villa (64 mata) dan Liverpool (64 mata) diramal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Manakala Brighton & Hove Albion (56), Bournemouth (55) dan Brentford (54) dijangka menamatkan musim di atas Chelsea yang berada di tangga kesembilan dengan 54 mata.

Opta ramal Arsenal juara liga, City kecewa saat akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker