Malaysia mara suku akhir Piala Uber selepas 16 tahun
Malaysia mara suku akhir Piala Uber selepas 16 tahun

Kuala Lumpur: Skuad wanita negara mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Uber buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun selepas membenam Afrika Selatan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan B, hari ini di Forum Horsens, Denmark.
Ia adalah kemenangan kedua-dua berturut Malaysia, selepas membuka kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Turkiye 3-2, semalam.
Dalam perlawanan hari ini, pemain perseorangan pertama negara, K Letshanaa tidak berdepan masalah untuk menundukkan Johanita Scholtz 21-6, 21-10.
“Kami mahu mendapatkan keyakinan dan pada masa sama kekal fokus dari awal kerana kami tidak boleh mengambil mudah mana-mana perlawanan
“Kemenangan ini memberi keyakinan untuk dibawa ke perlawanan menentang Jepun dan saya juga berpuas hati dapat mengekalkan fokus sejak mata pertama,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Momentum cemerlang itu diteruskan oleh Wong Ling Ching yang hanya mengambil masa 20 minit untuk menewaskan Chloe Lai 21-8, 21-4.
Tidak ketinggalan, Siti Zulaikha Azmi memastikan mata ketiga negara selepas menewaskan Elme de Villiers 21-11, 21-5 dalam tempoh 21 minit.
Beregu pertama negara, gandingan Ong Xin Yee-Carmen Ting meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pasangan Amy Ackerman-Johanita Scholtz 21-16, 21-14.
Kemenangan bergaya skuad negara dilengkapkan oleh pasangan Chong Jie Yu-Low Zi Yu yang menewaskan gandingan Elme de Villiers-Anri Schoonees 21-12, 21-5.
Malaysia mara suku akhir Piala Uber selepas 16 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
You must be logged in to post a comment.