United mahu singkir 13 pemain
United mahu singkir 13 pemain

London: Manchester United merancang rombakan besar skuad pada musim panas ini menyaksikan sehingga 13 pemain dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford.
The Red Devils kini memasuki tempoh penting untuk menentukan siapa yang akan mengendalikan pasukan selepas tugas interim Michael Carrick.
Bekas pemain tengah United itu dikatakan berminat memegang jawatan tersebut secara tetap selepas hampir membawa pasukan ke kelompok lima teratas liga.
Jika beliau diberi kepercayaan, Carrick bakal berdepan tugas besar membentuk skuad yang lebih mantap untuk musim depan.
United membuat tiga pembelian utama musim panas lalu apabila membawa masuk Bryan Mbeumo, Matheus Cunha dan Benjamin Sesko.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Namun, mereka gagal mendapatkan pemain tengah baharu untuk memberi persaingan kepada Casemiro dan Kobbie Mainoo.
Dengan Casemiro dijangka meninggalkan kelab secara percuma hujung musim ini, United kini memburu pengganti di bahagian tengah.
Pada masa sama, ia juga peluang besar buat Sir Jim Ratcliffe dan pengurusan tertinggi kelab membersihkan skuad daripada pemain yang tidak lagi sesuai demi mengembalikan United ke puncak bola sepak England.
Selain Casemiro, beberapa pemain lain turut dikaitkan dengan pintu keluar. Laporan menyebut lebih sedozen pemain boleh dilepaskan dalam proses pembersihan besar-besaran.
Marcus Rashford dijangka dijual selepas mempamerkan aksi meyakinkan secara pinjaman bersama Barcelona musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Jadon Sancho dan Rasmus Hojlund juga dijangka pergi selepas masing-masing dipinjamkan ke Aston Villa dan Napoli.
Andre Onana turut disebut bakal meninggalkan kelab selepas kehilangan tempat utama dan dipinjamkan ke Trabzonspor.
Dua lagi penjaga gol, Altay Bayindir dan Radek Vitek, juga masih belum pasti masa depan mereka.
Bek kiri Tyrell Malacia pula hampir pasti meninggalkan kelab selepas perpindahan Januari lalu gagal dimuktamadkan.
Pemain tengah Manuel Ugarte turut berdepan masa depan tidak menentu selepas kurang mendapat minit permainan di bawah Carrick.
Seorang lagi pemain senior yang mungkin pergi ialah penyerang Joshua Zirkzee, yang dikatakan kecewa kerana kurang peluang beraksi selepas hanya empat kali bermula dalam liga musim ini.
Musim panas ini juga mungkin menjadi waktu beberapa bakat akademi meninggalkan kelab.
Dan Gore yang kontraknya tamat hujung musim, serta Toby Collyer dan Tyler Fredricson kini berada di persimpangan penting karier mereka.
United mahu singkir 13 pemain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
You must be logged in to post a comment.