Gabungan Bangsa Johor akan jaga kepentingan negeri tanpa mengemis dengan kerajaan pusat

Johor disarankan untuk mewujudkan Gabungan Bangsa Johor (GBJ) yang menjaga kepentingan negeri ini tanpa perlu ‘mengemis’ peruntukan daripada kerajaan Pusat.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, Gabungan Bangsa Johor ini penting bagi kerajaan negeri memperbaiki sistem dalam negeri ini demi kepentingan kehidupan generasi akan datang.

“Kalau kita ada GBJ macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran.

“Apa-apa hasil pendapatan, kemajuan dalam negeri, sekurangnya kita ada suara untuk memperjuangkan hak kita. kita kena jaga diri kita sendiri.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis sahaja, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titahnya pada sesi podcast bersempena Program Orang Muda Johor di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Pemangku Sultan Johor bertitah, Baginda telah melalui fasa itu bagaimana Johor menjadi pengemis menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan terpaksa melalui pelbagai permohonan.

Titahnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang kini bergelar Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan duit sendiri untuk membaik pulih wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) beberapa tahun yang lalu.

“Esok kalau ada Perdana Menteri yang tak berapa suka dengan Johor macam tahun 2018, masa Tun Dr. Mahathir Mohamed sekat semua duit ke negeri Johor, projek yang sudah diluluskan seperti Hospital Pasir Gudang dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dihentikan kerana kurang senang dengan Johor.

“Sekarang ini Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun terpaksa melayan kita kerana Sultan Johor kita adalah Yang di-Pertuan Agong, kalau besok Sultan bukan lagi Yang di-Pertuan Agong, rasanya masih dengar cakap kita dan fikirkan kita ke tidak?

“Sebab itu, saya beri pandangan perlu ada Gabungan Bangsa Johor, untuk kita jaga kepentingan kita. Jika tidak ada inisiatif ini, dalam 10 tahun akan datang akan kita akan lalui masalah Sama, itu realitinya,” titahnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker