Hutan tepi jalan raya Gerik-Jeli terbakar

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya mengawal kebakaran hutan di kawasan di tepi Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan dekat sini pada Rabu.

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik pada jam 2.46 petang melibatkan lalang di tepi jalan, daun dan kayu kering hutan seluas empat hektar.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan kawasan hutan di tepi laluan Gerik ke Jeli, Kelantan.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan kaedah ‘fire break’ dan menggunakan aliran air daripada jentera. Api berjaya dikawal dalam tempoh 16 minit,” katanya.

Menurut beliau, seramai 12 anggota termasuk bantuan jentera tangki air daripada BBP Pengkalan Hulu terlibat dalam operasi terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker