Batuk kokol di Kelantan, bayi 2 bulan mati

Satu kematian membabitkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata kematian itu dikesan di Tanah Merah pada bulan lalu.

Beliau berkata, setakat semalam sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).



“Tiga kawasan wabak juga diisytiharkan di Kelantan iaitu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, di sini.

“Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) tahun lepas hanya terdapat satu kes Pertussis,” katanya.

Jelasnya, perbandingan itu menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.

“Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya membabitkan bayi berusia antara satu hingga lima bulan,” katanya.



Mengulas lanjut, Hilmi berkata tahun lalu terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan kes sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada Minggu Ke-35.

Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker