Bunuh isteri hamil, hukuman mati diganti kepada penjara 35 tahun
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Zabariah Yusof turut memerintahkan T Paramasparan, 45, dihukum 12 sebatan rotan kerana membunuh isterinya S Mageswary selepas berang apabila wanita itu mengaku hamil anak lelaki lain.
Turut bersidang, Hakim Nordin Hassan dan Hakim Abu Bakar Jais.
Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara Paramasparan bermula dari 29 Okt 2022.
Kes Paramasparan dikemukakan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Terdahulu, peguam T Vijayandran menggesa mahkamah menggantikan hukuman mati dengan penjara 35 tahun kerana Paramasparan tiada niat untuk membunuh isterinya ketika memukul mangsa menggunakan kayu penyapu beberapa kali.
“Mangsa mengakui curang dan hamilkan anak lelaki lain,” kata Vijayandran.
Menurutnya, Paramasparan tidak menyedari serangan terhadap isterinya yang ketika itu sarat mengandung, mampu mengakibatkan pendarahan dalaman.
Selepas kejadian itu, Paramasparan meninggalkan kediamannya dan menginap di rumah abangnya pada malam berkenaan.
Keesokannya, ibu Paramasparan yang dimaklumkan mengenai pertengkaran pasangan suami isteri itu, pergi ke kediaman berkenaan dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah.
Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman mati terhadap Paramasparan ketika rayuan akhirnya pada 12 Mac 2012.
Paramasparan melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Sri Sentosa, Klang, pada jam 8.30 malam, 28 Okt 2002.
Sementara itu, Vijandran berkata anak guamnya berada dalam penjara selama 21 tahun lima bulan, manakala bapa Mageswary juga telah memaafkannya.
Timbalan Pendakwa Raya Fuad Abdul Aziz menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati itu atau menggantikannya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan rotan.
Sementara itu, Vijandran memberitahu pemberita, Paramasparan berkemungkinan bebas dalam tempoh 20 bulan dengan peringanan hukuman untuk kelakuan baik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.