KK Mart saman pembekal atas dakwaan sabotaj

KK Mart saman pembekal atas dakwaan sabotaj

KK Mart menyaman Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking tertera kalimah Allah untuk dijual.

Ketika dihubungi FMT, peguam David Gurupatham mengesahkan saman itu difailkan, dengan Xin Jian Chang dan pemiliknya Soh Chin Huat dinamakan sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutannya, KK Mart berkata “defendan menyebabkan sabotaj perniagaannya yang sah”.

KK Mart berkata, Xin Jian Chang memohon kebenaran untuk membekalkan penutup tangan secara konsainan di cawangan-cawangannya, dan tidak memberi kebenaran untuk paparan atau penjualan stoking dalam sebarang bentuk.

“Defendan secara cuai melulu menjual stoking ‘Allah’ tanpa pengetahuan atau persetujuan plaintif di premis plaintif di Bandar Sunway, yang menyalahi undang-undang,” menurut pernyataan itu.

Plaintif berkata, defendan menyedari bahawa pada 5 Feb, dua daripada tiga kakitangan di cawangan Bandar Sunway tidak hadir untuk bekerja, dan hanya seorang pekerja bertugas di juruwang.

“Defendan sedar sepenuhnya bahawa mereka akan meletakkan barang tersebut di rak stor premis tersebut pengawasan kakitangan plaintif,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan itu plaintif tidak dapat menyelia dengan munasabah peletakan stoking berkenaan, atau memeriksa barang itu.

Menurut pernyataan tuntutan itu, rekod plaintif menunjukkan defendan meletakkan barang yang menyinggung perasaan itu tanpa kebenaran atau pengetahuan plaintif di rak berkenaan.

“Oleh itu, defendan telah sengaja campur tangan dengan perdagangan atau perniagaan plaintif,” kata plaintif.

Plaintif mendakwa, tujuan utama defendan adalah untuk mencampuri perniagaannya secara menyalahi undang-undang bagi memusnahkan nama baik dan reputasinya, bagi memastikan rancangan untuk penyenaraian KK Mart melalui tawaran awam awal (IPO) tidak berlaku seterusnya menyebabkan perniagaan dan/atau perdagangan plaintif gagal sepenuhnya.

Plaintif mendakwa, tindakan itu sabotaj perniagaannya yang secara langsung mengakibatkan boikot awam ke atas kedainya di seluruh negara, mesej kebencian terhadap jenama KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, selain ancaman keganasan, komen sosial negatif dan siaran.

Menurutnya, ini menyebabkan plaintif tidak dapat menjalankan perniagaan secara munasabah dan mengalami mudarat, kerugian serta kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Plaintif berkata, menurut kontrak bertarikh 1 Dis 2021 defendan membekalkan barang untuk dijual secara konsainan di premis plaintif untuk memastikan barang yang dibekalkan mengikut terma perjanjian dan sah dari segi undang-undang bawah Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382).

Susulan itu, dakwanya, defendan menyebabkan plaintif mengalami kerugian langsung dan kerugian ekonomi atas sebab kecuaian dan/atau tindakan melulu.

KK Mart menuntut ganti rugi lebih RM32 juta daripada Xin Jian Chang, termasuk bagi kehilangan lebih RM20 juta akibat pembatalan cadangan penyenaraian IPO di bursa saham perniagaan.

Ia turut menuntut RM10.5 juta bagi kerosakan terhadap jenamanya di pasaran, selain RM1.5 juta bagi kehilangan keuntungan daripada purata pendapatan seminggu dan berterusan untuk dinilai pada tarikh penghakiman. FMT

KK Mart saman pembekal atas dakwaan sabotaj

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker