Herdman akui kad merah ubah rentak Indonesia

Herdman akui kad merah ubah rentak Indonesia

Herdman akui kad merah ubah rentak Indonesia
BERGSON diasak pemain Indonesia. FOTO MALAYSIA NT

Jakarta: Jurulatih Sang Garuda, John Herdman mengakui kad merah yang diterima Thom Haye mengubah rentak Indonesia ketika menentang Harimau Malaya dalam aksi Kumpulan A Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi

Haye dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati terjahan ke atas Arif Aiman Hanapi sebagai serius.

Menurut Herdman, keputusan itu memaksa Indonesia melakukan perubahan bagi mengekalkan keseimbangan pasukan.

“Saya melihat ini adalah sebahagian daripada perlawanan dan tidak menyangka pemain akan dikenakan kad merah.

“Keputusan itu menyebabkan kami terpaksa melakukan beberapa pertukaran pemain bagi mengekalkan rentak perlawanan dan menyekat kemaraan lawan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelas Bekas MB Gagal Faham Fungsi, Punca Kuasa Undang Yang Empat

Bermain dengan 10 pemain, Indonesia lebih banyak bertahan pada babak kedua ketika Harimau Malaya menguasai permainan.

Malaysia pula terus mencari ruang menerusi Arif Aiman, Bergson da Silva dan Stuart Wilkin.

Namun, barisan pertahanan Indonesia berjaya bertahan daripada asakan Harimau Malaya sehingga wisel penamat.

Herdman berkata, anak buahnya perlu menerima keputusan berkenaan dan segera memberi tumpuan kepada aksi terakhir menentang Bangladesh.

“Saya tidak mahu berkata sesuatu perkara lain, namun kena terima keputusan itu dan bangkit pada perlawanan terakhir menentang Bangladesh,” katanya.

Herdman akui kad merah ubah rentak Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara

 

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker