Peluang skuad sepak takraw tambah emas esok

Peluang skuad sepak takraw tambah emas esok

Peluang skuad sepak takraw tambah emas esok
SKUAD sepak takraw negara akan bertemu Thailand pada final acara regu lelaki, esok. FOTO BERNAMA

Nagoya: Kontinjen Malaysia tekad meneruskan pencapaian mereka di Sukan Asia Aichi-Nagoya esok menerusi pemburuan pingat dalam beberapa acara sukan di samping aksi pusingan awal dan penyingkiran yang kritikal.

Dalam acara sepak takraw, pingat emas dan maruah negara menjadi taruhan apabila skuad kebangsaan bakal turun berentap menentang musuh tradisi, Thailand, dalam aksi final antara regu lelaki.

Di kolam terjun, Nur Eilisha Rania dan Pandelela Rinong akan memulakan cabaran dalam pusingan awal acara 10 meter (m) platform wanita, dengan misi melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.

Syafiq Puteh dan Yong Rui Jie pula akan beraksi dalam pusingan awal 3m papan anjal lelaki, bagi mengintai slot ke peringkat akhir pada sebelah malam.

Beralih ke gelanggang berbasikal trek, pelumba negara akan memulakan kempen di Velodrom Izu menerusi gandingan Nur Alyssa Farid, Izzah Izzati Asri, dan Aliana Azizan yang akan bersaing dalam pusingan kelayakan pecut berpasukan wanita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akses Maklumat Elemen Penting Bina Masyarakat Terbuka, Telus


Bagi saingan lelaki, Akmal Jusena, Fadhil Zonis, dan Ridwan Sahrom akan menggalas cabaran dalam kelayakan pecut berpasukan, dengan kedua-dua skuad menyasarkan untuk melangkah ke pusingan akhir yang berlangsung lewat petang esok.

Dalam acara olahraga, atlet balingan Grace Wong Xiu Mei akan turun beraksi dalam saingan akhir acara lempar tukul besi wanita.

Di lapang sasar memanah, Quik Chern Xin akan menentang wakil Kyrgyzstan, Emirbek Mashev, bagi pusingan 1/24 recurve individu lelaki, manakala Evan Rich Chong dijadualkan bertemu atlet Vietnam, Nguyen Duy, dalam pusingan penyingkiran 1/16.

Untuk acara recurve individu wanita, Joey Tan akan berdepan Tynalieva Eliza dari Kyrgyzstan dalam pusingan 1/24, manakala Ariana Nur Dania Mohamad Zairi bakal menentang pemanah India, Choirunisa Diananda, dalam peringkat 1/16.

Dalam arena e-sukan, Malaysia akan menguji kemampuan menentang Indonesia dan Arab Saudi dalam peringkat kumpulan Mobile Legends: Bang Bang, selain berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, dan Arab Saudi dalam saingan kumpulan League of Legends.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelas Bekas MB Gagal Faham Fungsi, Punca Kuasa Undang Yang Empat


Sementara itu, skuad PUBG Mobile akan mengharungi perlawanan ketujuh hingga ke-12 pada hari terakhir acara mereka, manakala pasukan Identity V akan bertemu Vietnam di peringkat kumpulan.

Dalam perkembangan sukan kriket, skuad lelaki negara akan turun berdepan Bangladesh bagi merebut slot ke peringkat separuh akhir.

Bagi acara skuasy, pasukan wanita negara akan meneruskan kempen peringkat kumpulan menentang Singapura dalam saingan Kumpulan A.

Dalam sukan mendaki (sport climbing), Ke Qun Tao akan bersaing dalam peringkat separuh akhir acara ‘boulder’ lelaki.

Aksi sukan pelayaran pula menyaksikan pembabitan Aiman Aqeel Mohd Firdaus (dinghy lelaki, perlumbaan 1-3), Danyal Marczqui Rahmat Haron Muzaffa-Nur Aina Norhazram (dinghy campuran remaja, perlumbaan 4-6), Nur Hafizanah Zailan (dinghy wanita, perlumbaan 1-3), Khairulnizam Mohd Afendy (dinghy lelaki, perlumbaan 3-5), Nur Shazrin Mohd Latif (dinghy wanita, perlumbaan 3-5), Iqbal Nazham Musmuliadi-Adam Aierell Mohd Azizol (skiff lelaki, perlumbaan 3-5), serta Aina Zulaikha Azizul Rahman-Nor Izniey Humaira Mohd Azri (skiff wanita, perlumbaan 3-5) yang masing-masing akan turun beraksi dalam perlumbaan tersendiri.

Peluang skuad sepak takraw tambah emas esok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanah Melayu Bukan Sekadar Istilah, Asas Identiti Dan Perlembagaan Negara

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker