Lelaki menyamar jadi wanita masuk masjid ditangkap polis

Lelaki menyamar sebagai seorang wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab ditahan pihak masjid

Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab, lapor laman berita Tribun Jabar semalam.

Kejadian berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, Bandar Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan, petang semalam.

Lelaki tersebut dilaporkan memasuki masjid sebelum ditahan dan disoal siasat oleh pihak masjid berkenaan.

Ketua Polis Manggala, Komisioner Polis Syamsuardi berkata: “Lelaki itu telah ditangkap. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi di sebuah masjid.”



Identiti pelaku masih belum diketahui, manakala dia telah dijamin di Ibu Pejabat Polis Manggala.

“Kami telah menahannya di balai polis untuk mengawal perkara yang tidak diingini. Polis masih menyiasat mengenai kebarangkalian wujudnya unsur jenayah,” kata  Syamsuardi. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker