FIFA tak benar Malaysia, Oman berlatih di Bukit Jalil – Menteri

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memuat naik gambar padang Stadium Nasional Bukit Jalil di X. (Gambar X)

Keputusan tidak membenarkan pasukan Malaysia dan Oman menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok merupakan keputusan Komisioner Perlawanan (MC) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi X dengan menyatakan keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.

“Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan.

“Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu,” katanya malam ini.



Menurut Bernama, hari ini, pasukan Harimau Malaya dan Oman dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menuntut janji kontraktor yang menguruskan padang SNBJ menyediakan padang terbaik bagi perlawanan keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Malaysia tewas 0-2 kepada Oman, Jumaat lalu.

Berdasarkan maklumat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan telah menjalani latihan di Wisma FAM di Kelana Jaya, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).



Kumpulan D menyaksikan Oman, Kyrgyzstan, dan Malaysia berkongsi enam mata pada tiga kedudukan teratas kumpulan dengan perbezaan gol, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker