Nasi kerabu berulat di Bazar Ramadan Kuala Pilah tidak benar

Tangkap layar juadah nasi kerabu berulat yang tular di media sosial didakwa berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang, Kuala Pilah.

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan juadah nasi kerabu berulat yang tular di media sosial sejak hari ini berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang, di sini.

Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abd Manap berkata, penguatkuasa MDKP bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah telah ke lokasi yang didakwa berlaku di media sosial sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan

Menurut beliau, semakan daripada empat lot yang berdaftar untuk jualan nasi kerabu hanya dua lot sahaja yang yang digunakan untuk berniaga oleh peniaga yang sama.

“Hasil pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati masakan dijual adalah baru dan tiada kesan makanan lama yang digoreng semula,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.



Terdahulu tular di Facebook video yang menunjukkan nasi kerabu berulat dengan kapsyen ‘ Assalamualaikum, tersedak waktu berbuka hari ini. Lokasi Nasi Kerabu Bazar Ramadan Kuala Pilah bersebelahan McDonald’s.

Video itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen antaranya meluahkan rasa kesal selain mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, semakan mendapati bungkusan makanan yang digunakan oleh peniaga ini lain daripada yang ditularkan dalam video berkenaan.

“Apabila pengadu dihubungi, pengadu sendiri tidak dapat sahkan maklumat tepat. Dikhuatiri aduan ini bersifat fitnah, berkemungkinan dibeli tempat lain tetapi memburukkan bazar di Kuala Pilah.



“Peniaga juga mengakui tidak melakukan perkara yang sedemikian (seperti video tular). Justeru MDKP menafikan perkara ini berlaku di bazar di sini,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker