Wajib baca selawat antara solat tarawih?

Wajib baca selawat antara solat tarawih?

Solat tarawih merupakan solat sunat yang didirikan sepanjang bulan Ramadan. Waktu melaksanakannya sesudah solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bermakna sesiapa yang tidak dapat melaksanakannya pada awal malam, boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Solat tarawih hukumnya sunat muakkad iaitu amalan sunat yang dituntut. Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan solat ini dengan arahan yang tidak tegas, bermakna hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.



Solat tarawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Melaksanakannya secara berjamaah adalah lebih afdal bersandarkan kepada hadis Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)” (HR at-Tirmizi)

Solat tarawih dilakukan dalam jumlah 8 rakaat atau 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat witir bergantung pada sesetengah tempat. Jumhur ulama berpandangan bahawa solat tarawih hendaklah dilakukan sebanyak 20 rakaat.

Sesiapa yang ingin melakukan hanya 8 rakaat, maka dia perlu memanjangkan bacaan ayat al-Quran ketika berdiri kerana ia merupakan sunnah yang diajar kepada kita oleh Baginda s.a.w. dan Khulafa ar-Rasyidin.



Lazimnya di Malaysia, solat tarawih dilakukan dengan 2 rakaat dan satu salam. Namun boleh juga dilakukan dengan 4 rakaat dan satu salam. Setiap kali selepas salam, imam biasanya akan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan kemudian disambut oleh para jamaah.

Ada sesetengah umat Islam yang kurang ilmu pengetahuan menganggap selawat selepas salam antara solat tarawih adalah wajib. Malah ada juga yang sanggup tidak melakukan solat tarawih jika dirumah kerana tidak menghafaz bacaan selawat tersebut. Jadi persoalannya adakah bacaan selawat antara solat tarawih ini salah satu dari rukun atau syarat wajib solat tarawih?

Menjawab persoalan ini, hukum berselawat antara solat tarawih bukanlah wajib dan bukanlah haram tetapi ia adalah harus. Sememangnya tiada nas dalil yang menyuruh berselawat atau berdoa antara solat tarawih.

Bermakna ruang antara solat tarawih dengan solat tarawih seterusnya boleh diisi dengan pelbagai amalan yang dibenarkan syarak seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, selawat, tazkirah atau tidak membacanya langsung pun tidak mengapa.



Menurut Syeikh Athiyah Saqar dalam kitabnya Ahsan al-Kalam,

“Tidak terdapat nas yang menegah berzikir, berdoa atau membaca al-Quran antara setiap dua rakaat solat tarawih. Dan ia termasuk dalam perintah umum”.

Malah pada suatu ketika dahulu amalan penduduk Mekah adalah bertawaf 7 kali mengelilingi Kaabah antara solat tarawih dengan tarawih seterusnya.

Adapun ulama terdahulu menjadikan selawat sebagai ucapan antara solat tarawih kerana itu adalah satu ucapan yang mudah dalam mengungkapkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. Sementalah solat tarawih merupakan solat yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa suruhan atau tegahan melakukannya.



Ia adalah sunnah yang diikuti oleh para sahabat dan umat Islam hingga kini pada setiap kali bulan Ramadan. Apatah lagi ganjaran dan kelebihan solat ini sangat besar sebagaimana sabda Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana Iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah) diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas” (HR Muslim)

Jika tidak mampu mengingat bacaan selawat yang panjang sepertimana yang lazimnya dibaca oleh imam di masjid, sudah memadai cukup dengan membaca “Allahumma Sholli ‘ala Muhammad”. Itu adalah yang paling mudah. Dan jika tidak membacanya pun tidak mengapa. Solat tarawihnya tetap sah dan sempurna.

Akan tetapi janganlah sampai meninggalkan solat tarawih hanya semata-mata tidak mampu membaca selawat antara tarawih. Pasti sangat rugi. Wallahu a’lam Utv



Wajib baca selawat antara solat tarawih?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker