Resepi Cucur Kentang Rangup

Resepi Cucur Kentang Rangup

Untuk penggemar cucur goreng, kali ni satu lagi variasi resepi cucur yang best iaitu cucur kentang rangup. Biasanya untuk cucur kita guna jagung lah, pisang lah, kali ni kita letak ubi kentang. Memang sedap sebab ada rasa manis-manis kentang bila masak, dan cara potong pon akan buatkan hasil cucur kita tu kasar-kasar dan rangup hasilnya.

Selain kentang, dicampur juga dengan sayur yang lain, banyak khasiat, banyak fiber. Jadi kalau yang ada anak susah nak makan sayur, boleh cuba buat cucur goreng macam ni. Dah goreng rangup-rangup, panas-panas pulak tu hah laju je makan. Bahan pon mudah nak cari, kos pon murah, menu yang sangat sesuai hujung bulan. Sekali goreng boleh makan ramai-ramai, cicah sos Thai, memang terbaik.



Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

Bahan-bahan:

4 biji kentang
1-2 daun bawang
1/2 biji bawang merah besar
2 tangkai cili besar merah
Lobak merah
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung beras
1 gengam ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air sejuk
1 biji telur
Minyak masak (untuk goreng)

Cara Penyediaan:



Kupas kentang dan rendam dalam air sekejap.
Potong daun bawang, bawang besar dan cili besar merah.
Kupas kulit carrot dan parut.
Kentang potong memanjang tapi halus (julienne cut), boleh parut kalau ada pemarut kasar.
Ikan bilis basuh dan tumbuk kasar.
Gaul sebati kentang, carrot, cili, bawang merah, daun bawang, tepung gandum, tepung beras, ikan bilis, garam dan gula.
Tambah masuk air sejuk dan telur kemudian bancuh sampai dapat adunan yang pekat.
Panaskan minyak dan goreng cucur sampai garing.

Tip:

Kalau potong kentang awal, rendam dulu kentang sebab takut nanti kentang teroksida dan jadi gelap.
Adunan jangan cair sangat sebab nanti air dari kentang akan keluar, lama-lama adunan akan jadi cair sikit dengan sendiri.
Goreng jangan penuh-penuh, biar ada jarak baru cucur ranggup sebab minyak masih kekal panas.
Mula-mula goreng jangan alih lagi, tunggu keras sikit baru mula kacau, takut hancur dan serap minyak.

Kredit: Che Nom



Resepi Cucur Kentang Rangup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker