Lepas Ruhainies, wajah Marissa pula dikaburkan

Lepas Ruhainies, wajah Marissa pula dikaburkan

Selepas Ruhainies, wajah pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim pula dikaburkan sebuah jenama popular pakaian raya dalam sebuah video promosi.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok menunjukkan bahagian muka anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu ditutup, manakala dua lagi model tidak dikaburkan.



“Yang mana anda paling paling suka?” demikian kapsyen ringkas hantaran berkenaan.

Tindakan pengeluar terbabit dilihat seakan-akan berjenaka dengan meniru langkah dilakukan satu jenama produk kesihatan terhadap Ruhainies yang disyaki berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

Walaupun tampak sekadar gurauan, tindakan syarikat berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyindir perkongsian video berkenaan.

“Barulah boleh nak beli. Hari itu penyondol jadi model terus tak jadi,” tulis satu komen.



“Takut kena boikotkan? Itu yang kaburkan muka,” kata seorang pemilik akaun.

“Sekarang baru nak ‘blur’? Kenapa hari tu tak buat?”, tanya seorang pengguna lain.

Sebelum ini wajah Ruhainies dikaburkan dalam sebuah iklan raya disebabkan pengeluar syarikat makanan kesihatan itu enggan berkompromi dengan artis bermasalah.

Gerakan mahu menyenaraihitamkan atau boikot selebriti yang didakwa mencalarkan imej industri hiburan nyata meraih sokongan ramai.



Marissa pula terpalit kontroversi pernikahan rahsia dengan suami orang yang dilaksanakan tanpa pengetahuan isteri pertama dan ibu bapanya sendiri di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu. K Online

Lepas Ruhainies, wajah Marissa pula dikaburkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker