Guru perdagang wanita untuk seks didakwa

Guru perdagang wanita untuk seks didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan aktiviti eksploitasi seks pada 11 Mac lalu.

Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.



Seorang lagi tertuduh Mohamad Fazley Jaafar, 29, bagaimanapun mengaku bersalah selepas tiga kali menukar pengakuan.

Kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan mangsa berusia 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Jalan Sultan Omar, di sini pada 2.35 pagi, 11 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.



Pasukan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris dan Iffah Nabihah Mohd Ishak tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua mereka kerana kes selepas ini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen 3, dan memohon suatu tarikh untuk sebutan semula kes.

Hasfyanizam yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar dibenarkan ikat jamin dan tidak dikenakan reman atas alasan mempunyai tanggungan terhadap keluarganya termasuk ibu dan mentuanya.

Bapa kepada tiga anak itu juga memberi jaminan akan bekerjasama terhadap segala proses perbicaraan dan tidak akan melarikan diri memandangkan tugasnya sebagai penjawat awam.

Hakim Nazlyza kemudiannya mengarahkan tertuduh direman sehingga 31 Mac ini untuk sebutan semula kes dan meminta Hasfyanizam mendapatkan peguam bagi mewakilinya untuk tujuan permohonan jaminan. FMT



Guru perdagang wanita untuk seks didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker