KK Mart Jementah diarah tutup operasi, tak asing minuman keras

KK Mart Jementah diarah tutup operasi, tak asing minuman keras

SEGAMAT: Kedai serbaneka KK Supermart & Superstore (KK Supermart) cawangan Jementah, di sini, diarah menutup operasi serta-merta selepas dikesan tidak mengasingkan minuman keras dan minuman biasa di premis itu, semalam.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) susulan pemeriksaan dilakukan semalam yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).



Malah, pemeriksaan lanjut menemukan minuman keras yang disorok dalam premis tanpa lesen sah daripada MPS sebelum 196 botol minuman keras disita selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.

“Premis tersebut diberi arahan menutup operasi serta-merta selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017, kerana dikesan tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas premis itu mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Semalam sejumlah 80 premis perniagaan termasuk rangkaian kedai serbaneka KK Supermart yang dikaitkan dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah dilaporkan diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).



Pengerusi Jawantkuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, operasi bersepadu besar-besaran itu membabitkan semua 10 daerah di negeri ini dan diadakan secara serentak.

Operasi bersepadu turut membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Kadi Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menumpukan rangkaian kedai yang menjual pakaian dan alat tulis.

Operasi bersepadu itu adalah langkah agresif dan segera diambil JAINJ sebagaimana titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkenaan kalimah ALLAH yang perlu sentiasa dimulakan. BH

KK Mart Jementah diarah tutup operasi, tak asing minuman keras



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker