Aliff Syukri cemburu gandingan saya dan Mimi Peri – Baby Shima

Aliff Syukri cemburu gandingan saya dan Mimi Peri – Baby Shima

Saya langsung tidak rasa tergugat atau ‘down’ dengan sindiran Datuk (Aliff Syukri) terhadap lagu Sahur nyanyian saya menampilkan Mimi Peri.

“Malah saya berbangga enam hari dilancarkan, lagu ini menduduki tangga kedua trending di belakang lagu Ariana Grande berjudul We Can’t Be Friends (Wait For Your Love). Ia sangat menggembirakan.”



Demikian kata penyanyi Baby Shima menempelak usahawan terbabit yang menyifatkan lagu nyanyiannya sempena Ramadan ini sebagai ‘sampah’.

Kenyataan Aliff ini turut tular di media sosial baru-baru ini.

“Sahur bukan lagu sampah ya. Boleh dengar sampai habis, dan pasti nak dengar lagi berulang-ulang. Kalau tak, tak adalah lagu Sahur trending dan mendapat sambutan ramai.

“Ada yang kata, Datuk Aliff cakap macam itu (lagu sampah) sebab dia tidak ada lagu baharu untuk Raya tahun ini. Entahlah, saya tak mahulah komen lebih-lebih dalam bulan Ramadan ini.



“Tak apa. Tak kisahlah dia nak cakap apa kerana yang penting Sahur bukan lagu sampah. Saya siap berduet dengan Bintang terkenal Indonesia, Mimi Peri lagi. Dia ada lagu kah?,” katanya kepada Harian Metro.

Shima atau Nor Ashima Ramli, 28, berkata, dia berasa amat bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Mimi Peri yang disifatkannya seorang yang merendah diri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan Mimi Peri sangat menyeronokkan dan tiada masalah langsung sepanjang kami menjalani penggambaran.

“Kalau kita tengok di hadapan kamera atau dalam media sosial, dia sangat kelakar, tapi sebenarnya di belakang kamera, Mimi Peri adalah seorang yang sangat pemalu.



“Dia juga seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri. Namun dia seorang yang ramah dan mudah diajak berbual,” katanya.

Menurutnya, karakter Mimi Peri juga sedikit sebanyak sepertinya yang pemalu di belakang kamera membuatkan mereka serasi bekerjasama.

“Hakikat sebenarnya saya amat pemalu. Begitu juga Mimi Peri. Disebabkan tuntutan kerja, dia buang rasa segan itu apabila berada di pentas atau semasa persembahan.

“Apa yang seronok, sebaik sahaja ‘kamera on’, dia akan terus berubah jadi watak yang orang suka tengok seperti yang dilihat dalam video-video sebelum ini.



“Dia seorang yang lucu. Buka saja mulut, orang ketawa tengok dia. Andai ditawarkan bekerjasama lagi dengan dia, saya pasti tak menolak,” katanya.

Shima yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang, berharap lagu Sahur terus diterima ramai kerana ia mengajak orang ramai bersahur dalam menunaikan ibadah puasa.

“Lagu Sahur ini mengajak orang ramai untuk bangun sahur. Kita tahu, kadang-kadang ada yang nak berpuasa, tapi dia tak bangun sahur.

“Selain menggalakkan umat Islam untuk bersahur, ada pesanan-pesanan yang saya dan Mimi Peri sampaikan.



“Ramadan hanya datang sekali setahun. Manfaatkanlah peluang ini untuk bersahur dan mengerjakan amalan mulia yang lain. Sama-sama kita fokus terhadap amal ibadah pada bulan Ramadan ini,” katanya. HM

Aliff Syukri cemburu gandingan saya dan Mimi Peri – Baby Shima

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker