Kemenangan Prabowo dianggap penggal ketiga Jokowi

Kemenangan Prabowo dianggap penggal ketiga Jokowi

Media di Indonesia memberi tanggapan pengaruh Presiden Joko Widodo (Jokowi) begitu tebal di sebalik kemenangan besar gandingan Prabowo Subianto dan Gibran Rabuming Raka dalam pilihan raya umum presiden (Pilpres) yang baru berlangsung 14 Feb lalu.

Umum mengetahui Jokowi condong menyokong gandingan Prabowo yang bergandingan dengan anak sulungnya itu.



Ia juga bermaksud Jokowi ‘derhaka’ kepada partinya sendiri Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDPI) yang mengemukakan gandingan Ganjar Pranowo dan Mahfud MD.

Ketua Pengarang IDN Times, Uni Lubis, menyifatkan kemenangan gandingan Prabowo-Gibran itu sekali gus menjadi penggal ketiga buat pentadbiran Jokowi.

Lebih mengejutkan, jelasnya, kemenangan tidak rasmi melalui kiraan pantas (quick count) itu diluar jangkaan berbanding tinjauan sebelum Pilpres 2024 berlangsung.

“Kami media tempatan di sini sudah menduga Probowo akan merangkul kemenangan tetapi perkara yang mengejutkan ialah dia dijangka tidak akan berdepan pusingan kedua susulan undian daripada dua pesaingnya yang sedikit khususnya daripada Ganjar.



“Sudah tentu pengaruh Jokowi memainkan peranan besar dalam pencapaian itu, malah kemenangan itu boleh dianggap sebagai penggal ketiga buat Jokowi,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Jakarta, kelmarin.

Terdahulu 15 orang wartawan Malaysia melalui program Jejak Serumpun anjuran Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (Iswami) diberi pendedahan meliputi Pilpres 2024.

Dalam program itu juga peserta antara lain dibawa melawat ke beberapa syarikat penerbitan berita di Indonesia antaranya IDN Times, Antara News dan The Jakarta Post.

Sementara itu Ketua Pengarah The Jakarta Post M Taufiqurrahman berkata Pilpres 2024 menjadi kempen pilihan raya yang begitu mendapat sorotan media disebabkan situasi yang dicetuskan oleh Jokowi.



Dakwanya, campur tangan oleh Jokowi termasuklah membenarkan anak sulungnya dicalonkan sebagai calon naib presiden.

Probowo umum menang

Kata Taufiqurrahman, dakwaan Jokowi menggunakan sumber kerajaan dalam kempen bagi memastikan kemenangan Prabowo-Gibran turut mengubah pandangan pengamal media terhadap tokoh yang sebelum ini digemari ramai itu.

“Dalam pilihan raya terdahulu sokongan media kuat kepada Jokowi sehingga The Jakarta Post mungkin dilihat sedikit bias dalam pemberitaan kemenangannya, namun kali ini kami cuba bersikap natural dan laporan berdasarkan fakta-fakta yang kita terima,” katanya.



Sebelum ini dilaporkan Prabowo mendakwa dia sudah memenangi pilihan raya presiden republik itu.

Berdasarkan kiraan pantas tidak rasmi empat pihak, bekas komander pasukan khas tentera berusia 72 tahun itu mendapat sokongan 58 peratus pengundi.

Perlembagaan Indonesia mengehadkan seseorang tokoh hanya boleh menjadi presiden selama dua penggal.



Jokowi, 62, mula menjadi presiden negara itu pada 2014 sebelum sekali lagi memenangi pilpres pada 2019 untuk penggal keduanya.

Untuk rekod, Prabowo merupakan bekas seteru Jokowi dalam dua pilpres berkenaan.

Pada 2014 Prabowo bergandingan dengan Hatta Rajasa, manakala lima tahun kemudian dia memilih Sandiaga Salahuddin Uno sebagai regunya.

Pengkritik menganggap pembabitan Gibran, 36, merupakan usaha Jokowi memastikan legasinya diteruskan di republik terbabit. Mk



Kemenangan Prabowo dianggap penggal ketiga Jokowi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker