Wanita diculik kerana hutang dadah

Wanita diculik kerana hutang dadah

Angkara hutang rakan suami dalam urus niaga dadah, seorang wanita berdepan detik cemas apabila diculik hampir 10 jam dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul, Isnin lalu.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 30 tahun dilarikan empat suspek berusia 25 hingga 31 tahun termasuk seorang wanita yang menuntut bayaran tebusan RM100,000 daripada suami mangsa.



“Menurut saksi kejadian, wanita itu dilarikan dengan ditarik masuk ke dalam kereta jenis Perodua Myvi sebelum suami mangsa membayar wang tebusan RM45,000.

“Bertindak atas maklumat, pada 3 pagi (Selasa), sepasukan anggota polis Cawangan D9 IPD Sentul menahan lima individu termasuk seorang wanita di dua lokasi berasingan di Bukit Damansara dan Sentul dan berjaya menyelamatkan mangsa.

“Siasatan mendapati mangsa tidak disembunyikan di mana-mana tempat sebaliknya hanya dibawa meronda sekitar ibu negara selama 10 jam,” katanya pada sidang media di IPD Sentul, menurut Bernama.

Beliau berkata, polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali Mohd Danial Harris Azmi, 26, dengan alamat terakhir di Sungai Petani, Kedah, untuk membantu siasatan dan semua yang ditahan kini direman lima hari hingga Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. FMT



Wanita diculik kerana hutang dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker