Mirzan diberi 30 hari lagi – SPRM

Mirzan diberi 30 hari lagi – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh selama 30 hari lagi kepada anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Mirzan untuk mengisytiharkan hartanya kepada agensi antirasuah itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, ini selepas ahli perniagaan itu meminta tempoh untuk mematuhi perintah yang dikeluarkan kepadanya dan adiknya, Mokhzani mengikut Seksyen 36 Akta SPRM, yang memerlukan mereka mengisytiharkan harta dalam tempoh 30 hari.



Bagaimanapun, lanjutan itu hanya diberikan kepada Mirzan manakala Mokhzani masih perlu mematuhi notis asal 30 hari itu.

“Ya kami benarkan lanjutan. 30 hari lagi.

“Untuk Mirzan je, Datuk Mokhzani rasanya tak ada lagi (tempoh lanjutan),” tambah Azam.

SPRM telah menyerahkan notis kepada Mirzan dan Mokhzani di bawah Seksyen 36 Akta SPRM untuk memaksa mereka membuat pengisytiharan harta dalam tempoh 30 hari.



Tempoh asal notis itu sepatutnya tamat pada pertengahan bulan ini.

Azam mengesahkan kedua-dua adik-beradik itu belum menyerahkan pengisytiharan harta mereka setakat hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa SPRM memanggil Mirzan dan Mokhzani untuk disoal siasat bulan lepas, walaupun asas sebenar siasatan mereka tidak jelas.

Pada 6 Feb lalu Azam berkata SPRM belum menerima sebarang maklum balas dan mengatakan Mirzan dan Mokhzani boleh didakwa jika gagal mengisytiharkan harta mereka kepada agensi itu.



Berikutan itu, kedua-dua beradik itu mengeluarkan kenyataan akhbar pada 8 Feb bagi meminta SPRM ‘bersabar’ dan mengatakan bahawa adalah usaha yang mustahil untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Menurut Mirzan dan Mokhzani, SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981, iaitu tahun pertama Mahathir menjadi perdana menteri. Mk

Mirzan diberi 30 hari lagi – SPRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker