Mahathir mungkin pulaukan RCI Batu Puteh kerana Raus

Mahathir mungkin pulaukan RCI Batu Puteh kerana Raus

Mahathir Mohamad mungkin memulaukan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan jika ia terus diterajui oleh bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif.

Peguam Mahathir, Rafique Rashid, berkata dia tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Mahathir tidak menyertai RCI tersebut atas alasan Md Raus mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

“Sesuatu RCI itu sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan RCI tersebut.

“Namun, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI Batu Puteh ini telah mewujudkan satu bahaya bias yang sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI tersebut serta akan menjejaskan kewibawaan dapatannya,” katanya.

Kerajaan kelmarin mengumumkan pelantikan Raus sebagai pengerusi bagi RCI Batu Puteh.

Baca: Bagaimana Malaysia hilang kedaulatan Pulau Batu Puteh?

RCI itu ditubuhkan bagi mengkaji isu berkaitan keputusan kerajaan pada Mei 2018 menarik balik dua permohonan semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap keputusannya pada Mei 2008.

Mahathir adalah perdana menteri pada masa keputusan tersebut dibuat.

Sementara itu, dalam kenyataan petang ini, Rafique mengingatkan bahawa terdapat isu antara Mahathir dan Raus pada 2017 dan 2018.

Katanya, pada 2017, Mahathir memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan atas alasan umur 66 tahun dan enam bulan, ketika itu.

Pada Mei 2018 pula, katanya, Raus bertemu dengan Mahathir selaku perdana menteri untuk menyatakan hasratnya, meletakkan jawatan ketua hakim negara.

Md Raus kemudiannya mengutus surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jun 2018, yang kemudian diperkenankan.

“Oleh sebab-sebab yang disebutkan di atas, atas nama keadilan bagi Mahathir, kami dengan rendah diri memohon agar kerajaan Malaysia menggantikan pengerusi RCI dengan seorang yang tidak berkonflik kepentingan, atau dalam maksud mencari kebenaran di sini, adalah wajar Md Raus menarik diri dari posisi tersebut.

“Sekiranya tidak, pihak kami tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Mahathir agar tidak menyertai RCI tersebut,” katanya. Mk

Mahathir mungkin pulaukan RCI Batu Puteh kerana Raus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker