Jenis model telefon pintar digunakan Kim Jong-un jadi perhatian ramai

Ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terbaharu pada Rabu lalu, sebuah gajet yang diletakkan di atas meja di hadapannya menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu imej yang disiarkan akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmum, terdapat satu gajet yang menyerupai telefon pintar diletakkan atas meja di hadapan Jong-un.

Gajet itu kelihatan mirip dengan telefon pintar jenama Samsung model Galaxy Z Flip dari Korea Selatan atau Huawei Pocket S keluaran China.



“Jika gajet dalam gambar itu merupakan telefon pintar lipat, berkemungkinan ia dibawa masuk ke Korea Utara secara senyap-senyap melalui China.

“Hal ini kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang Korea Utara daripada mengimport atau mengeksport barangan elektronik,” lapor akhbar Korea Selatan, Joongang Ilbo.

Terdahulu, terdapat laporan menyatakan pemimpin Korea Utara itu obses dengan teknologi moden, terutamanya pelbagai jenis gajet.

Beliau didakwa sering menggunakan gajet keluaran Apple, termasuk iPad dan Macbook.



AFP sebelum ini melaporkan, berdasarkan Agensi Perisikan Pusat (CIA), hanya sekitar 19 peratus populasi Korea Utara mempunyai akses telefon bimbit

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker