Sarjan polis direman disyaki rogol pelajar

Sarjan polis direman disyaki rogol pelajar

Seorang anggota polis berpangkat sarjan telah direman selepas ditahan kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun, semalam.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 42 tahun yang bertugas di daerah Perak Tengah itu sedang direman selama empat hari sehingga 31 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Beliau turut memberi jaminan bahawa siasatan terhadap pegawai polis terbabit akan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“Kita akan jalankan siasatan dengan telus dan terbaik untuk pastikan keadilan pihak mangsa, waima suspek ialah warga kerja kita sekali pun.

“Selain itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga akan mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai terbabit,” katanya kepada pemberita pada Program Kesedaran Kesihatan, Pemakanan dan Gaya Hidup Aktif (HEAL) di pekarangan IPK Perak, di sini, hari ini, menurut Berita Harian.

Selain itu, Yusri berkata, polis telah memanggil mangsa dan ahli keluarganya ke IPD Perak Tengah untuk dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).



Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol oleh sarjan polis sebanyak dua kali di dalam kereta.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasaraya dalam daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Perbuatan keji suspek yang juga timbalan ketua balai itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya, baru-baru ini. FMT

Sarjan polis direman disyaki rogol pelajar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker