Nabil, Saharul melabur demi masa depan

Nabil, Saharul melabur demi masa depan

Siapa sangka dua rakan artis yang tidak pernah bekerjasama dalam industri seni, berganding membuka sebuah restoran selepas bertemu dan berbincang pada majlis ilmu yang disertai mereka.

Lebih manis, restoran diberi nama Human Gang adalah pelaburan pertama dalam dunia sajian buat dua sahabat seni, Nabil Ahmad dan Saharul Ridzwan.



Nabil, 38, bersyukur niat asal membuka kedai menjual makanan beku bersama Saharul tidak berhasil, sebaliknya, mereka digantikan dengan perniagaan lebih baik.

“Sebelum ini, saya dan Saharul tidak pernah bekerjasama. Namun, Allah pertemukan kami selepas keluar bersama jemaah tabligh selama tiga hari.

“Itulah kali pertama saya duduk dan berkongsi cerita dengan Saharul. Allah bagi ilham untuk kami berniaga kerana Saharul ada niat untuk memulakan bisnes.

“Rancangan awal menjual makanan beku mendapat banyak ujian dan halangan. Alhamdulillah, ketika diuji, tiada siapa melenting dan Allah rupa-rupanya bagi yang lebih baik.



“Tidak sangka hari ini, kami boleh mengusahakan restoran ini bersama dua sahabat lain,” katanya kepada BH Online.

Pengacara program hiburan Meletop mengaku dahulu agak skeptikal dengan idea membuka perniagaan berasaskan makanan. Apatah lagi, selepas perniagaan coklat bersama isteri, Nazirah Ayub ditimpa ujian.

“Bisnes saya iaitu Baby Nuts diuji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dua kedai kami terpaksa ditutup dan 30 pekerja terpaksa diberi cuti.

“Sepanjang PKP, ejen kami tidak dapat bergerak hingga stok tidak terjual. Alhamdulillah, bisnes itu masih ada, namun kami tidak lagi menggunakan ejen, sebaliknya memasarkannya melalui perkhidmatan kilang,” katanya.



Nabil bersyukur berpeluang mendalami ilmu agama sepanjang pelaksanaan PKP.

“Saya banyak terbabit dengan jemaah tabligh sepanjang PKP. Saya banyak belajar agama. Disebabkan itulah, saya tidak terlalu merasakan dunia ini sempit seperti kecewa kerana bisnes rugi.

“Bayangkanlah dengan dua kedai ditutup, 30 pekerja terpaksa diberi cuti dan stok yang banyak. Kalau tiada ilmu agama, saya sudah meroyan.

“Tetapi apabila saya belajar keluar daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, semua benda jadi lapang. Saya berlapang dada dengan apa sahaja yang berlaku,” katanya.



Nabil berharap perniagaan diusahakan itu dapat memberi manfaat kerana tidak mahu terlalu bergantung pada kerjaya seninya semata-mata.

Akui Nabil, dia mengambil teladan daripada artis veteran yang mengalami nasib kurang baik apabila industri seni tidak lagi memberi pulangan kepada mereka.

“Saya tak mahu industri seni menjadi satu-satunya punca pendapatan. Saya tidak mahu terlalu bergantung kepada industri seni hingga tersepit.

“Kadang-kadang ada artis perlu buat sesuatu di luar kemampuan sebab tiada pilihan. Jika tidak, mungkin disenarai hitam atau disekat. Itu yang saya tidak mahu berlaku kepada saya,” katanya. BH



Nabil, Saharul melabur demi masa depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker