Jualan Sambal Nyet RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua

Jualan Sambal Nyet RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua

Khairulaming di laman Twitter rasmi miliknya berkongsi kejayaan Sambat Nyet yang sudah berjaya terjual sebanyak 1 juta botol sejak ia berada di pasaran Januari tahun yang lalu.

Menurut Khairulaming, jenamanya sudah meraih jualan RM14 juta dengan terjualnya 1 juta botol sambal ini. “Pada hari pertama kita jual Sambal Nyet, kita cuma dapat jual 200 botol sehari. Tetapi Alhamdulillah kita dapat jual 5,000 botol sambal sehari. Team kita juga dah berkembang daripada 8 orang, kini sudah naik ke 50 orang,” katanya.

Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi 🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022

Ini satu milestone yang aku sendiri tak boleh terfikir masa mula-mula nak launch sambal ni dulu 🥺. It’s been a long journey and i’m happy blh berkongsi rezeki dengan orang lain juga
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022

Selain itu, beliau turut mengumumkan pembukaan kilang keduanya tidak lama lagi. “Kilang kedua ini akan jadi tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti,” katanya.

Khairulaming masih belum berkongsi kepada umum apa produk kedua yang bakal dihasilkannnya. Jadi kita tunggu dan lihat. Sementara itu, anda boleh buat pembelian Sambal Nyet di sini dan ya, ia tetap sentiasa sold out setiap hari sehingga ke hari ini. Vc

Jualan Sambal Nyet RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker