147 ketua Wanita bahagian mahu Shahrizat kembali

Seorang pemimpin Wanita Umno mendakwa 147 ketua bahagian sayap itu mahu Shahrizat Abdul Jalil kembali untuk menggantikan Noraini Ahmad.

Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Melaka, Haryaty Hamdzah berkata, gesaan itu disuarakan dalam pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

“Sebahagian besar daripada kami membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita Umno,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, mereka menyokong Shahrizat berdasarkan banyak kejayaan dicapainya ketika menjadi menteri wanita, keluarga dan masyarakat

Semalam, FMT melaporkan Shahrizat dikatakan bakal kembali ke gelanggang, sekali gus menjadi pesaing Noraini yang akan mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno.

Memetik kenyataan sumber, hasrat Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno disuarakan akar umbi kerana sayap penting dalam parti itu dikatakan semakin “lemah dan lesu”.

Shahrizat yang mengetuai Wanita Umno sejak 2008 mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti 2018 kerana mahu ia diterajui individu yang mempunyai cara dan idea baharu.



Noraini mengetuai Wanita Umno selepas menewaskan Azizah Dun pada pemilihan parti 2018.

Pemilihan Umno bermula di peringkat cawangan dari 1 hingga 26 Feb ini, manakala peringkat bahagian dan pusat tiga sayap pada 11 Mac dan Umno bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi pada 18 Mac nanti.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker