UMNO Johor rayu MKT, mahu Hishammuddin diberi peluang

JOHOR BAHRU – UMNO Johor meminta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memberi peluang kepada ahli dan pimpinan parti dari negeri ini yang digantung untuk merayu dan seterusnya kembali ke pangkuan parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata UMNO Johor akur dengan keputusan MKT menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang selama enam tahun.

“UMNO Johor menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi membabitkan dua pemimpin yang tidak dinafikan banyak berjasa kepada UMNO Johor.

“Maka UMNO Johor bersetuju supaya kedua-dua pemimpin ini wajar diberikan peluang merayu atas tindakan yang dikenakan itu,” katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO Johor pada Sabtu.

Pada 27 Januari lalu, MKT menggantung keahlian selama enam tahun bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

MKT turut bertindak memecat lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Mohamed Khaled berkata tindakan disiplin dan penggantungan oleh MKT itu tidak akan menjejaskan UMNO Johor memandangkan beberapa pimpinan UMNO negeri sebelum ini telah berdepan tindakan yang sama.

Tegasnya, individu yang digantung tidak boleh berputus asa kerana sekiranya usaha dilakukan seperti membuat rayuan tempoh penggantungan akan dipendekkan.

“Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO Johor digantung atau dikenakan tindakan displin. Di Johor, kita telah pun laluinya sebelum ini tetapi UMNO Johor terus melaksanakan tanggungjawab dan tidak berdepan kekangan sehingga menyebabkan parti tidak dapat bergerak.

“Namun yang lebih penting, mereka yang dikenakan tindakan itu sebahagian besarnya kembali semula kepada UMNO antaranya Tan Sri Shahrir Ab Samad dan Muszaidi Makmor yang kini merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi.

“Kita percaya jika ada usaha dibuat, pastinya penggantungan dapat dipendekkan sebagaimana yang berlaku pada Datuk Lokman Nor Adam. Tidak boleh putus asa, kerana ia bukan penamat karier politik,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker