Harimau belang di Hulu Selangor

Harimau belang di Hulu Selangor

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin.



“Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pempengaruh media sosial terkenal di Batang Kali, semalam.

“Polis meminta agar orang ramai berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya di sekitar kawasan berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai haiwan itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dengan menelefon 03-60641132 bagi membantu pihak berkuasa,” katanya. HM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Harimau belang di Hulu Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker