PM umum bantuan RM50 juta kepada mangsa banjir Kelantan

PM umum bantuan RM50 juta kepada mangsa banjir Kelantan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.



“Bagi mangsa-mangsa yang di PPS dan kawasan-kawasan lain itu setakat yang kita luluskan peruntukan awal melalui Nadma RM50 juta.

“Itu terus kepada penduduk dan keluarga yang terlibat RM1,000 setiap keluarga.

“Ada yang bertanya dulu ada tambahan, ya ada tambahan setelah dikenal pasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan,” katanya pada sidang media di Pasir Mas, hari ini.

Terdahulu Anwar hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, bagi melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementera (PPS) itu. Mk



PM umum bantuan RM50 juta kepada mangsa banjir Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker