Pembunuhan Zayn Rayyan: Sampel DNA 228 individu diambil

Seramai 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Jumlah keseluruhan penduduk yang diperiksa adalah seramai 5,628 orang dan setakat ini ujian DNA yang telah diambil melibatkan 228 individu.



“Siasatan dijalankan seramai 278 pegawai dan anggota termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan turut dibantu beberapa IPD lain,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua sampel DNA itu diambil melibatkan sebahagian penduduk di seluruh blok kawasan Apartment Idaman di sini.

“Pengambilan DNA akan diteruskan lagi dalam memastikan siasatan berjalan dengan lancar.

“Keadaan cuaca yang hujan secara langsung memperlahankan operasi pencarian bukti yang dijalankan pihak polis,” katanya.



Katanya, pihaknya telah merakam keterangan melibatkan 20 individu termasuk ibu bapa serta individu yang menemukan mayat mangsa sebelum ini.

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Selasa lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker