Perbadanan Stadium Malaysia akhirnya mohon maaf

Selepas dikecam hebat ekoran pendirian ‘kunci mulut’, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akhirnya membuat permohonan maaf kerana kerosakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, PSM mohon maaf kepada penganjur final Piala Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum aksi yang dijadualkan berlangsung esok.

“PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan berentap di final Piala Malaysia, esok.



“PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu.

“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

Sebagai rekod, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mendedahkan keadaan terkini padang SNBJ yang dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perlawanan skala besar seperti final Piala Malaya nanti.

Keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.



Difahamkan, seramai 80,000 penonton kedua-dua pasukan dijangka hadir untuk menyaksikan perlawanan final malam esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker