Janda kali kedua, Nadia Anuar serik kahwin

Janda kali kedua, Nadia Anuar serik kahwin

Dua kali berdepan kegagalan dalam perkahwinan, personaliti televisyen Nadia Annuar serik untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

Nadia, 39, bagaimanapun tidak sesekali menyalahkan takdir Tuhan sebaliknya berpendapat fasa perceraian yang dilalui mengajarnya untuk menjadi wanita lebih matang.



“Serik? Ya sebab sudah dua kali perkahwinan saya gagal.

“Saya bukan jenis orang yang boleh berkahwin, cerai kemudian bernikah lain dalam tempoh yang dekat,” katanya kepada HibGlam, semalam.

Kongsi bekas pengacara Wanita Hari Ini itu lagi, meski ada beberapa jejaka cuba mendekati untuk mengenalinya dengan lebih rapat, hatinya belum terbuka.

“Kalau orang tanya bersedia atau tidak bernikah lain, mungkin akan ambil masa sangat lama untuk buka hati.



Tipulah kalau tidak ada yang mendekati, memang ada cuma saya bukan jenis selalu bersosial atau mudah untuk menjalin persahabatan serta bergaul dengan individu tidak dikenali.

“Jadi, buat masa ini bukan tutup sepenuhnya tetapi hati masih lagi terluka dengan perceraian baru-baru ini,” katanya lagi.

Nadia bagaimanapun menyerahkan aturan hidupnya kepada Tuhan selain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap diri dan dua anaknya ketika ini.

“Sekarang cuma fokus diri sendiri dan anak-anak sahaja.



Tiada apa nak dikejar sebab nikmat perkahwinan pun sudah saya rasa malah dikurnikan dua anak.

“Saya serahkan semuanya kepada Tuhan soal jodoh,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.

Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa yang kini berusia 7 tahun.



Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. K Online

Janda kali kedua, Nadia Anuar serik kahwin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker