KP Imigresen dedahkan 30,000 ribu PATI diusir sejak Januari

Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Ruslin Jusoh.

Beliau berkata bagi tempoh sama, pihaknya turut menahan 58,774 pendatang asing dan 289 majikan hasil 103,124 pemeriksaan menerusi 9,164 operasi dijalankan di seluruh negara

“Fokus utama Jabatan Imigresen ialah memastikan tiada majikan yang menggajikan pendatang asing selari dengan pengusiran dijalankan.



“… menjadi satu kesalahan mana-mana majikan yang menggajikan pendatang asing bagi berurusan atau berniaga atau menggajikan mereka yang mempunyai pas lawatan kerja sementara di tempat lain,” katanya pada sidang media selepas operasi khas di Kompleks Kota Raya di sini hari ini.

Terdahulu, dalam operasi khas berkenaan, Ruslin berkata pihaknya menahan 330 pendatang asing pelbagai warganegara hasil pemeriksaan terhadap 350 individu.

Beliau berkata semua yang ditahan terdiri daripada 215 wanita dan 115 lelaki termasuk kanak-kanak warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan China.

“Semua yang berusia lingkungan tujuh bulan hingga 70 tahun dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker