Prestasi buruk UMNO Terengganu, Ahmad Said sedar diri dan berundur

Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya.

“Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker