Menteri Dalam Negeri UK dipecat
Menteri Dalam Negeri UK dipecat
LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat menteri dalam negeri Suella Braverman, susulan rombakan pasukan pemimpin kanannya menjelang pilihan raya umum yang dijangka tahun depan.
Sunak menerima tekanan untuk memecat Braverman, seorang pemain sayap kanan yang lantang bersuara, selepas pengkritik menuduhnya meningkatkan ketegangan dalam demonstrasi pro-Palestin yang berlangsung beberapa minggu dengan bantahan balas di Britain.
Tidak jelas siapa yang akan menggantikan Braverman, yang dilantik ke jawatan itu ketika Sunak menjadi perdana menteri lebih setahun lalu.
Braverman berkata pemecatannya adalah keistimewaan terbesar dalam hidupnya untuk berkhidmat sebagai setiausaha negara.
“Saya akan lebih lantang pada masa akan datang,” tambahnya.
Pemecatan itu berlaku ketika larti konservatif yang memerintah mengesahkan rombakan besar-besaran menteri atasan Sunak sedang dijalankan pertama kali sejak menjadi pemimpin negara itu pada 25 Oktober 2022.
“Hari ini @RishiSunak menguatkan pasukannya dalam kerajaan untuk menyampaikan keputusan jangka panjang untuk masa depan yang lebih cerah. Nantikan perkembangan terkini,” kata parti itu di X, sebelum ini Twitter.
Perubahan itu, akan diumumkan pada esok dan dijangka bakal memberi kelebihan kepada penyokong setia dan ahli parlimen yang baru muncul, selepas hampir 14 tahun berkuasa menjejaskan populariti Tories.
Parti itu telah mengekori pembangkang utama parti Buruh dengan margin dua angka sepanjang masa Sunak memerintah, dan secara meluas dijangka akan kalah dalam pilihan raya akan datang yang dijadualkan tahun depan.
Braverman telah mencetuskan kontroversi sepanjang tempoh perkhidmatannya, mengambil sikap tegas terhadap imigresen khususnya dan kerap terpalit dengan isu perang budaya yang dilihat sebagai memecahbelahkan pengundi.
Orang sayap kanan itu menyerang pengkritiknya sebagai aktivis pemakan tauhu liberal sejurus selepas dilantik dan menyatakan menghantar pemohon suaka ke Rwanda adalah impian dan idamannya.
Kedudukannya menjadi semakin rapuh minggu lalu selepas beliau menulis artikel yang disiarkan akhbar, tanpa kelulusan Sunak, dan menuduh polis berat sebelah terhadap tujuan berhaluan kiri.
Penulisan beliau dikatakan punca yang mencetuskan ketegangan menjelang protes hujung minggu terhadap perang Israel di Gaza, yang bertepatan dengan peristiwa Hari Gencatan Senjata, dan mendorong gesaan agar dia dipecat. BH
Menteri Dalam Negeri UK dipecat
Baca Artikel Menarik:
- Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju
- Tom hampir terjatuh, kandungan selamat
- Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan
- MP Gua Musang akhirnya buka mulut
- BN sahkan Bekas Panglima ATM sebagai calon di PRK Kemaman
- MP Labuan akan bertanding dalam parti lain dalam PRU akan datang
- Bersatu tak bersatu
- Calon Bersatu bai’ah jika mahu tanding lambang bulan – Murshidul Am PAS
- Gantirugi RM600 ribu, pengajaran buat ‘kaki buli’, pengurusan sekolah dan KPM
- Persembahan Nikki Palikat ditegur hilang identiti
- Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun
- Mengapa baru sekarang PN bantah petisyen cabar enakmen jenayah syariah?
- Remaja maut beberapa saat selepas curi motosikal
- Polis buru lelaki ragut rantai leher emas suri rumah [VIDEO]
- Ini pendirian OIC terhadap negara pengganas ‘Israel’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir