Lebih 100 petugas PBB terkorban diserang Israel terburuk dalam sejarah

Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Asia bertafakur seketika bagi mengenang rakan sekerja yang terkorban di Gaza akibat serangan Israel.

Demi memperingati rakan seperjuangan yang gugur, bendera PBB turut dikibar separuh tiang di ibu pejabat agensi itu, lapor Agensi Anadolu.

“Kakitangan PBB di Afghanistan bertafakur selama seminit dan bendera PBB dikibar separuh tiang, ketika kami meratapi lebih 100 rakan sekerja yang terkorban di Gaza – jumlah tertinggi yang terkorban akibat perang dalam sejarah organisasi kami,” menurut kenyataan pejabat PBB di Afghanistan.



Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) minggu lalu memaklumkan bahawa 99 kakitangannya terbunuh di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini memberitahu Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa untuk Orang Awam di Gaza yang diadakan di Perancis bahawa bulan lalu merupakan bulan yang amat memilukan bagi UNRWA.

“Seramai 99 daripada rakan sekerja saya terbunuh di Gaza. Jumlah terbesar pekerja bantuan PBB terkorban dalam masa yang singkat,” katanya.

Para pegawai PBB yang berpangkalan di Bangkok, Thailand turut berkumpul di pekarangan ibu pejabat bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terbunuh dan bendera turut dikibar separuh tiang.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker