Jangan Bandingkan Anak Korang Dengan Anak Artis – Che Ta

Jangan Bandingkan Anak Korang Dengan Anak Artis – Che Ta

Penampilan anak perempuan pelakon jelita, Rozita Che Wan sering menjadi tumpuan dan bualan warganet di media sosial kerana bergaya seperti orang dewasa.

Mengulas hal tersebut, usahawan berusia 50 tahun itu berkata Aaisyah Dhia Rana, 9, didedahkan dengan kehidupan selebriti sejak kecil dan perlu menghadiri majlis hiburan serta sesi penggambaran.



Janganlah bandingkan anak anda dengan anak artis. Bukan nak kata artis hebat, jangan salah faham. Tetapi dia sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil.

Ujarnya, anak-anak selebriti sudah tentu terdedah dengan perkara-perkara di luar kebiasaan tidak sama seperti anak orang lain di luar sana.

Che Ta turut berkata dia tidak mengerti dengan segelintir warganet yang memberikan komen sebegitu namun akui Aaisyah tidak terlalu didedahkan dengan media sosial.

Bukan nak kata anak artis ini lebih tetapi dia dah biasa dengan limelight. Mak dia pula Che Ta yang semua orang tahu, bangun tidur sahaja dah bersiap melawa. Jadi dia terikut-ikutlah.



Tambahnya, Aaisyah tidak bermain media sosial dengan kerap kerana akaunnya dikawal sendiri oleh Che Ta jadi dia tidak membaca komen serta kata-kata jelek warganet.

Sebelum ini, Che Ta naik angin selepas ada individu yang memberikan komen berharap agar Aaisyah tidak menjadi ‘pick me girl’ satu hari nanti.

Jangan Bandingkan Anak Korang Dengan Anak Artis – Che Ta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker