Langgar rakan kongsi dengan kereta sebelum tikam 15 kali

Peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman


Langgar rakan kongsi dengan kereta sebelum tikam 15 kali

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar di Kuala Berang berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 65 tahun itu ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar suspek wanita yang juga rakan kongsinya berusia 35 tahun.

Beliau berkata, mangsa dan suspek sebelum itu menaiki kenderaan jenis Honda Jazz dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Katanya, mangsa dikatakan turun daripada kereta itu sebelum dilanggar oleh suspek dan tercampak ke dalam longkang.

“Suspek kemudian keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak menikam mangsa sebelum meninggalkan lokasi dengan menumpang sebuah van.

“Suspek berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mazli berkata, berdasarkan siasatan awal polis percaya kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan pakaian dan tudung yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dibuang suspek berhampiran rumahnya.

“Kereta Honda Jazz yang ditinggalkan di lokasi kejadian adalah milik suami suspek dan selepas kejadian itu, suspek dikatakan menahan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, mayat wanita berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditemukan di dalam longkang dipercayai dibunuh berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, Kuala Berang.

Mangsa dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap oleh orang awam kira-kira jam 3 pagi tadi. BH

Langgar rakan kongsi dengan kereta sebelum tikam 15 kali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker